Kelas ICT (Pengurusan Fail dan Sistem Operasi)

11 November 2020 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 10 November 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT iaitu ‘Pengurusan Fail dan Sistem Operasi’ yang bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.00 petang. Kelas ini telah di sertai oleh 3 orang pelajar daripada sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk meningatkan semula dan merupakan kelas ulangan kepada peserta yang sebelum pernah mengikuti kelas yang sama. Kelas ini merupakan kelas asas ICT yang menekankan asas pengetahuan mengenai sistem operasi dan cara pengurusan fail yang terdapat dalam komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas kehadiran semua peserta diambil dan memastikan semua peserta mematuhi SOP memasuki PIK Spaoh sepanjang tempoh PKPP ini seperti menggunakan topeng muka dan sentiasa menjaga jarak fizikal serta kerap mencuci tangan. Setelah itu, kelas dimulakan dengan penerangan kepada sistem operasi seperti maksud am sistem operasi serta fungsi-fungsi penting sistem operasi. Antara fungs-funsi penting sistem operasi ialah menghidup dan mematikan komputer, menyediakan paparan muka, menguruskan program dalam komputer, mengkoordinat tugasan serta menubuhkan jaringan internet.

Setiap fungsi-fungsi ini dijelaskan kepada peserta dengan agak terperinci disertakan dengan contoh-contohnya. Antara contoh-contoh sistem operasi untuk komputer pada masa kini ialah sistem Windows, MaC OS, Linux dan UNIX manakala dalam telefon mudah terdapat sistem operasi seperti Android OS dan iOS. Selepas itu, peserta diterangkan mengenai pengurusan fail-fail yang terdapat dalam komputer. Pengurusan fail penting bagi menyediakan struktur organisasi yang penting kepada konten yang terdapat dalam komputer.

Antara hieraki pengurusan fail komputer adalah bermula dengan drives seperti drive C: atau drives E: kemudian folder, subfolder dan akhir sekali fail itu sendiri. Peserta turut dijelaskan cara penamaan yang dibolehkan untuk fail-fail dalam komputer serta jenis-jenis nama fail extension seperti .docx untuk Ms Word, .pdf untuk dokumen, .xlsx untuk fail Excel dan .txt untuk text. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali