Kelas ICT (Perkakasan Komputer)

30 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 29 Ogos 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT iaitu ‘Perkakasan Komputer’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 3 orang pelajar daripada sekolah menengah dan seorang peserta daripada golongan belia. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengingatkan semula dan merupakan kelas ulangan kepada peserta yang pernah mengikuti kelas ICT sebelum ini. Kelas ini merupakan kelas ICT yang lebih kepada pengenalan kepada perkakasan komputer yang wajib kita semua kenali dan ketahui.

Kelas kali ini terdapat tiga isi utama yang ditekankan iaitu asas kepada komputer persendirian, mikroprosesor dan memori serta alat penyimpanan data. Sistem perkakasan dibahagi kepada internal dan external komponen yang membolehkan komputer untuk menerima input, memproses input, menyimpan data dan meghasilkan output. Sebagai contoh, komputer persendirian mempunyai perkakasan input seperti tetikus, papan kekunci dan microfon manakala untuk perkakasan output ialah monitor dan pembesar suara. Selain itu, peserta diterangkan mengenai komponen-kompone yang terdapat dalam sistem unit komputer seperti mikroprosesor, disk drives, chipset, motherboard serta bekalan kuasa.

Peserta turut diterangkan asas mengenai mikroprosesor serta contoh-contohnya yang terkini. Di samping itu, peserta dijelaskan mengenai sistem penyimpanan data untuk perkakasan komputer seperti teknologi magnetik dan tape. Sebagai contoh, penggunaan teknologi CD, DVD dan Blu-ray. Akhir sekali, peserta dijelaskan mengenai penyimpanan data jenis ‘Solid state’ seperti Pendrive, Memori kad serta Hard disk. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali