Kelas E-learning (Membuat Kad Ucapan)

20 September 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 19 September 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas E-learning bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara membuat kad ucapan dengan mudah menggunakan aplikasi atas talian iaitu canva.com. Antara pengisian kelas tersebut ialah taklimat tentang cara menggunakan aplikasi Canva.com. Terdapat pelbagai aplikasi atas talian yang banyak memudahkan tugasan yang penting seperti membuat resume, logo, poster dan sebagainya.

Bagi memudahkan peserta membuat tugasan yang diingini, petugas menyarankan mereka menggunakan aplikasi yang tidak berbayar seperti aplikasi Canva. Untuk kelas pada kali ini,peserta diminta menyiapkan kad ucapan ditujukan kepada yang tersayang contoh kepada ahli keluarga dan sahabat handai. Sebelum memulakan kelas,petugas memberi sedikit pengenalan tentang cara menggunakan aplikasi Canva termasuklah cara mengedit gambar, mengedit teks, memilih font, mengedit background dan juga menggunakan template yang disediakan. Kelas diakhiri tentang cara menyimpan tugasan dan cara mencetak kad yang telah disiapkan. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali