Kelas Asas ICT (Perisian komputer)

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 11 Januari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu “Perisian Komputer” yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai perisian komputer yang asas dan wajib di ketahui oleh peserta.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan mengenai definisi bagi perisian komputer iaitu koleksi program dan data dalam komputer yang mengawal cara komputer beroperasi. Perisian komputer boleh terbahagi kepada 2 kategori iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Terdapat banyak lagi pecahan dibawah dua kategori perisian ini, sebagai contoh untuk perisian jenis sistem terdapat sistem operasi, utiliti dan bahasa program manakala di bawah perisian jenis aplikasi terdapat pengurusan data, penghasilan dokumen, music, video dan pembelajaran.

Peserta juga diterangkan mengenai hak cipta pemilikan dan lesen untuk sesuatu perisian seperti freeware, demoware, perisian komersial dan open source. Di samping itu, peserta turut dijelaskan mengenai perisian jenis keselamatan yang sering digunakan dalam komputer untuk membantu mengelak komputer daripada serangan virus seperti virus komputer, komputer worm, Trojan horse, bot dan spyware. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali