Kelas Asas ICT (Input & Output)

23 Febuari 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 22 Februari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu ‘Input & Output’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai input dan output komputer dan alatan elektronik yang lain.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan apa itu input dan ouput secara amnya, media komunikasi dalam komputer seperti visual, audio dan somatosensori serta port sambungan yang terdapat pada komputer seperti USB, HDMI, picu audio dan Ethernet. Peserta juga dijelaskan contoh-contoh input seperti papan kekunci, pengimbas, mikrofon dan camera serta contoh-contoh bagi output seperti paparan screen, pembesar suara dan mesin pencetak. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali