Kelas Ms Word (Maksud Setiap Warna Jalur Gemilang)

16 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 15 Ogos 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 3 orang pelajar daripada sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word iaitu cara asas menaip dan pemahaman mengenai maksud setiap warna jalur gemilang.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat tentang cara penggunaan Ms Word. Kelas dimulai dengan memberi taklimat kepada peserta tentang cara menggunakan setiap button yang terdapat dalam program termasuklah fungsi-fungsi asas Ms Word. Kemudian peserta diberi tugasan menaip maksud setiap warna jalur gemilang. Akhir sekali petugas mengajar cara memasukkan gambar secara online ke dalam karangan yang telah disiapkan. Peserta diminta mencari gambar bendera Malaysia bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali