Kelas E-Learning (Membuat Email Yahoo)

29 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Rabu, 28 Oktober 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu membuat emai Yahoo yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 3.30 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah disertai oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara membuat email yahoo secara online. Peserta diterangkan tentang maksud emel iaitu surat elektronik yang dihantar melalui internet.

Di samping itu, peserta didedahkan tentang kepentingan memiliki emel terutamanya untuk tujuan memohon pekerjaan pada masa hadapan dan menghantar pesanan secara formal secara online. Kemudian, petugas menerangkan setiap langkah membuat email kepada peserta bermula dengan membuat akaun, diikuti mengisi maklumat peribadi termasuk nama, tarikh lahir, jantina dan nombor telefon.

Peserta seterusnya log in ke emel masing- masing untuk memahami secara lebih terperinci lagi tentang cara menggunakan emel. Sebagai tugasan terakhir peserta diminta menghantar emel pendek kepada rakan lain untuk permulaan. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali