Kelas E-Learning (Kuiz Ulangkaji)

10 November 2020 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 9 November 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu ‘Kuiz Ulangkaji’ yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 3.30 petang bertempat di Pusat Internet Komuniti Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 3 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ulangkaji kepada peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah melalui kuiz yang diperolehi secara atas talian. Ini merupakan salah satu inisiatif bagi membantu pelajar untuk mengulangkaji setelah sekian lama bercuti akibat daripada wabak pandemic Covid-19 yang melanda negara kita sejak bulan Mac 2020 yang lalu.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar di kehendaki dan di ajar membuka laman sesawang Quizizz menggunakan web browser seperti Google Chrome. Quizizz.com merupakan salah satu laman sawang percuma yang menyediakan pelbagai jenis kuiz daripada pelbagai peringkat pembelajaran seperti prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, STPM, diploma dan peringkat Universiti. Oleh itu, amat mudah untuk mencari kuiz yang sesuai dengan umur peserta dan kuiz yang disediakan adalah daripada pelbagai subjek. Peserta kemudiannya boleh memilih subjek yang mereka ingin membuat ulangkaji dan kebanyakkan mereka berminat untuk mengulangkaji subjek sains. Perkara sebegini sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengingat semula apa yang mereka telah pelajari semasa di sekolah. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali