Kursus Keselamatan Kebakaran Secara Atas Talian (Be Alert, Avert Fire)

16 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 15 Ogos 2020, Semua pengurus pusat internet di bawah kelolaan Maxis telah menghadiri kursus atau training secara atas talian iaitu ‘Kursus Keselamatan Kebakaran’. Kursus ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Kursus yang dihadiri oleh semua pengurus pusat internet ini diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Tujuan utama kursus ini diadakan memberi pendedahan kepada staf Pusat Internet tentang pentingnya pengetahuan semasa berlakunya kebakaran sama ada di rumah, di tempat kerja, tempat awam mahupun di dalam kenderaaan. Kursus ini merupakan kursus keselamatan kebakaran pertama yang dilakukan secara atas talian.

Antara pengisian sepanjang kursus peserta pada awalnya diberi penerangan mengenai kursus yang akan diadakan seperti pengenalan dan tujuan kursus ini diadakan. Penerangan kursus ini disampaikan oleh Pn. Jennifer Lucas yang merupakan penceramah serta pakar dalam pengendalian kebakaran. Penerangan awal beliau di mulakan dengan tayangan video kebakaran yang berlaku di rumah serta di tempat kediaman seperti di kondominium. Melalui tayangan video tersebut, ternyata sangat penting pengetahuan semasa menghadapi kecemasan ketika berlakunya kebakaran. Kemudian, beliau memberikan contoh-contoh peralatan kecemasan kebakaran yang perlu ada di setiap rumah atau dalam kenderaan seperti penggera bunyi kebakaran, alat pemadam api, smoke escaping mask, first aid kit dan lampu kecemasan atau alat pelbagai fungsi dalam kereta yang boleh digunakan untuk memecah cermin kereta, memutuskan tali pinggang keledar, mempunya lampu suluh serta lampu keselamatan.

Selain itu, beliau menerangkan cara-cara dan tindakan yang perlu dilakukan ketika berlaku kecemasan seperti menutup celah lubang agar asap tidak masuk sementara menunggu pertolongan sampai. Beliau turut memberikan contoh jenis-jenis pemadam api yang digunakan di dalam rumah dan di dalam kenderaan serta cara yang betul menggunakannya. Terdapat banyak soalan yang diajukan kepada peserta sepanjang kursus berlangsung bagi menguji pengetahuan peserta mengenai pengendalian semasa berlakunya kebakaran. Dengan ada kursus sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan kepada semua peserta bagi membantu menaikkan lagi mutu dan cara pengajaran di samping melahirkan para pendidik yang sentiasa peka kepada perubahan semasa. Ini penting bagi membantu menyampaikan ilmu dan didikan kepada komuniti tanpa mengira halangan yang ditempuhi kerana sentiasa ada jalan penyelesaian terhadap masalah yang berlaku dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali