Kelas ICT (Media Digital)

9 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 8 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT iaitu ‘Media Digital’ yang bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah SK Spaoh.

Tujuan utama kelas ini untuk mengajar dan memberi pendedahan awal kepada para peserta asas ICT yang penting dan perlu di pelajari iaitu Media Digital.

Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan. Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19. Pada awal kelas, peserta diterangkan apa itu media dari segi maksud dan kategori media seperti media tradisional, multimedia dan media digital. Contoh bagi media tradisional ialah surat khabar, radio, televisyen, buku dan majalah manakala multimedia merupakan gabungan pelbagai jenis media seperti bunyi, text, gambar dan animasi. Digital media pula penggunaan teknologi komputer serta dengan pelbagai jenis media. Peserta kemudiannya diterangkan contoh-contoh media digital seperti asas audio digital di mana peserta didedahkan dengan format audio iaitu MP3, AAC, WAV dan WMA. Peserta turut dijelaskan asas bitmaps iaitu pelbezaan jenis gambar seperti format gambar yang boleh dikategorikan kepada BMP, RAW, JPEG, GIF dan PNG. Selain itu, peserta diterangkan asas video digital yang melibatkan penggunaan konsep bits untuk penyimpanan warna dan kecerahan data untuk setiap frame video. Contoh jenis video yang sering digunakan ialah AVI, MOV, MPEG, WebM dan Flash Video.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali