Kuiz Bahasa Melayu Online

3 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 2 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kuiz Bahasa Melayu bersama pelajar sekolah rendah bermula pada jam 2:30 sehingga 3:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah menarik mengulangkaji subjek teras bahasa melayu iaitu dengan membuat kuiz secara online.

Antara pengisian semasa kelas ialah petugas mengajar cara mencari kuiz online menggunakan enjin carian Google.com. Kemudian, peserta diajar cara menjawab soalan-soalan kuiz dan petugas turut sama membantu menjawab soalan sepanjang sesi pembelajaran. Peserta diberikan masa selama setengah jam untuk menyiapkan kuiz tersebut. Markah diberikan setelah semua soalan kuiz selesai dijawab.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali