Kelas E-Learning (Mencipta Poster Tahun Baru)

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 15 December 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas mencipta logo secara online bermula pada jam 2 sehingga 5 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah disertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

ujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara mencipta poster dengan cara mudah menggunakan aplikasi canva secara online (www.canva.com)
Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tentang fungsi setiap button yang terdapat pada aplikasi canva. Petugas pusat internet memberi contoh langkah demi langkah tentang cara mencipta poster menggunakan aplikasi tersebut. Peserta diminta menyiapkan poster bertemakan tahun baru 2020. Tambahan pembelajaran iaitu peserta diajar menyimpan gambar ke desktop dan menggunakan gambar tersebut untuk mengedit poster supaya kelihatan lebih menarik.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali