Kelas Ms Powerpoint (Membuat Poster Kemerdekaan)

19 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 18 Ogos 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas Ms Powerpoint yang dihadiri oleh 11 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas  tersebut diadakan di bilik latihan Pusat Internet Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara asas penggunaan program Ms Powerpoint dan penggunaaan setiap tab serta ribbon untuk membuat poster kemerdekaan selain menggunakan aplikasi lain secara online. Tujuan lain adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan di kalangan ahli pusat internet.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tentang cara mengambil dan menyimpan gambar di desktop komputer sebelum digunakan di dalam Ms Powerpoint. Kemudian peserta diajar mengedit slide, gambar dan penggunaan text box untuk menyiapkan poster. Setiap peserta dikehendaki untuk menyiapkan poster mengikut kretiviti masing-masing.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali