Kelas E-Learning (Mengulangkaji pelajaran)

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 3 Ogos 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas E-Learning iaitu mengulangakaji pelajaran yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk membantu dan menyuruh peserta untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan soalan-soalan yang terdapat dalam laman sesawang di internet.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan yang terdapat pada laman sesawang di internet. Tenaga pengajar turut membantu peserta untuk menjawab soalan jika terdapat soalan yang mereka kurang faham dan ketahui. Antara matapelajaran yang diulangkaji ialah Sains dan Bahasa Inggeris kerana subjek ini merupakan subjek yang kebanyakan peserta lemah dan memerlu lebih latih tubi selain subjek matematik. Semua soalan yang dijawab oleh peserta disemak bersama oleh tenaga pengajar dan penerangan diberikan bagi setiap jawapan tersebut untuk menambah lagi pemahaman peserta.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali