Kelas E-Learning (Kuiz Kemerdekaan 2019)

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 17 Ogos 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas E-Learning iaitu Kuiz Kemerdekaan yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk menguji pengetahuan peserta mengenai sejarah kemerdekaan negara Malaysia.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz yang di sediakan oleh tenaga pengajar. Terdapat 25 soalan yang di sediakan merangkumi semua aspek sejarah kemerdekaan termasuk mengenai kemerdekaan Malaysia tahun 2019. Semua peserta diberi masa selama 2 jam untuk menjawab semua soalan kuiz tersebut. Pada akhir kelas, tenaga pengajar menyemak bersama-sama peserta semua jawapan kepada soalan kuiz tersebut dan sedikit penerangan kepada jawapan setiap soalan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali