Kelas Asas ICT (Digital Media)

21 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad, 20 Januari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu ‘Digital Media’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenal digital media.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada mulanya diajar dan diterangkan pengertian asas media, jenis media, contoh-contoh media pada masa sebelum adanya komputer hingga wujudnya teknologi komputer dan internet. Selain itu peserta diterangkan jenis dan format bagi audio, gambar dan juga video.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali