Kelas Asas ICT (Kesan Negatif Youtube)

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 15 Disember 219, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kesan negatif youtube kepada pengguna. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PI Spaoh dan dihadiri oleh 8 orang peserta.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kesan negatif kepada pengguna akibat menonton Youtube secara berterusan.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tentang youtube dan kelebihan nya dalam aktiviti seharian. Namun taklimat pada kali ini lebih memfokuskan tentang kesan negatif media sosial tersebut kepada pengguna. Antara kesan negatif youtube kepada pengguna ialah ia boleh membawa pengaruh yang tidak baik dan menggalakkan aktiviti tidak bermoral seperti bergaduh,membuli dan melakukan aktiviti kurang berfaedah sekiranya menonton video – video yang membawa pengaruh negatif secara berterusan. Justeru itu, pemantauan dari ibu bapa amatlah penting dalam mencegah anak-anak daripada terpengaruh dengan gejala negatif yang diperoleh daripada menonton Youtube.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali