Kelas Softskills (Kemahiran Komunikasi)

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 25 Ogos 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas softskills iaitu ‘Kemahiran Komunikasi’ yang bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari Kelas ini dihadiri oleh 8 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas tersebut diadakan di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang pengetahuan asas mengenai elemen kemahiran insaniah yang pertama iaitu kemahiran komunikasi.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai pengertian dan takrifan bagi kemahiran insaniah serta 7 elemen penting yang perlu dikuasai dalam diri. Salah satu elemen penting tersebut ialah kemahiran komunikasi. Peserta pada kelas kali ini diterangkan mengenai konsep dan definisi bagi kemahiran komunikasi seperti adanya penghantar, enkod, saluran, dekod, penerima dan maklumbalas. Peserta turut dijelaskan mengenai proses komunikasi dengan adanya komunikasi seperti komunikasi verbal, non-verbal dan paraverbal.

Selain itu, peserta diterangkan cara-cara kemahiran komunikasi yang berkesan iaitu mesej yang disampaikan oleh penghantar kepada penerima mesej hendaklah jelas dan tepat di samping makna mesej yang disampaikan mudah difahami bersama oleh penghantar dan penerima. Peserta juga belajar mengenai jenis-jenis komunikasi seperti lisan, bertulis dan non-verbal di samping mengetahui bentuk-bentuk komunikasi seperti komunikasi intrapersonal, interpersonal, awam, berkumpulan, organisasi serta berasaskan teknologi.

Terakhir sekali, peserta diajar mengenai aspek keberkesanan komunikasi dan halangan-halangan komunikasi. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali