Kelas Softskills (Kemahiran Permikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah)

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 8 September 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Softskills iaitu ‘Kemahiran Permikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai definisi am kritis (Bahasa Yunani dan Kamus Dewan), ciri-ciri permikiran kritis seperti tidak mudah untuk menerima, berfikiran secara mendalam serta melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran dan penilaian. Peserta juga diterangkan mengenai komponen asas permikiran kritis iaitu kemahiran menganalisis dan kemahiran menilai. Peserta turut diterangkan mengenai kelebihan berfikiran kritis seperti menjadi lebih matang, prihatin, berhemat dan lebih bertanggungjawab.

Selain itu, peserta diterangkan maksud bagi masalah dan komponen asas bagi masalah seperti sekumpulan maklumat yang tersedia, sekumpulan operasi dan matlamat atau penghuraian. Di samping itu, peserta diterangkan langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah dan strategi menyelesaikan masalah seperti algoritma, heuristic dan sub matlamat. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali