Kelas Asas ICT (Sistem Operasi)

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 11 Mei 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu ‘Sistem Operasi’ yang bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal tentang sistem operasi yang digunakan dalam komputer dan peralatan elektronik yang lain dari dulu hingga sekarang.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan maksud am sistem operasi serta fungsi-fungsi utama sistem operasi dalam komputer dan juga telefon mudah alih seperti menghidup dan mematikan komputer, memaparkan ruang muka komputer, pengurusan memori dan banyak lagi. Kemudian, peserta dijelaskan secara terperinci tugas-tugas sistem operasi dalam memastikan komputer dan alatan yang mempunyai sistem operasi berfungsi mengikut kehendak penggunanya. Peserta turut diberi contoh-contoh sistem operasi yang sedia ada seperti Windows, LINUX, Mac OS, UNIX untuk komputer dan Android OS, iOS, Blackberry dan Symbian OS untuk telefon mudah alih.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali