Kelas Microsoft Paint (Asas MS Paint)

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 16 Mac 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Paint iaitu ‘Asas MS Paint’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas menggunakan Microsoft Paint. Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar pada mulanya diterangkan kegunaan butang-butang yang terdapat dalam MS Paint seperti butang file, paste, select, crop dan rotate.

Setiap peserta dikehendaki mengaplikasi butang tersebut sendiri agar mereka lebih mudah untuk mengingat dan memahami. Kemudian, peserta diterangkan kegunaan butang pemadam, pensil, cat, menambah perkataan, memilih warna dan magnifier. Mereka menggunakan butang tersebut untuk mencantikkan dan mengubah gambar yang telah mereka muat turun daripada internet. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali