Kelas Asas ICT (Sistem Operasi)

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 24 Ogos 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas asas ICT iaitu ‘Sistem Operasi’ yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Kelas ini dihadiri oleh 8 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas tersebut diadakan di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang pengetahuan asas mengenai ICT iaitu sistem operasi yang terdapat pada komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai pengertian sistem operasi secara amnya, fungsi-fungsi dan kegunaan sistem operasi dalam komputer seperti menghidup dan mematikan komputer, menguruskan memori pada komputer, menunjukkan paparan muka pada komputer dan banyak lagi. Selain itu, peserta turut dijelaskan dan diberi contoh sistem operasi yang terdapat pada komputer seperti Windows, MacOS, LinuX dan DOS manakala pada telefon bimbit terdapat sistem operasi seperti Android, iOS, Blackberry dan banyak lagi.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali