Kelas Asas ICT (Multimedia)

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 7 September 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas asas ICT iaitu ‘Multimedia’ yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Kelas ini dihadiri oleh 8 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas tersebut diadakan di bilik latihan Pusat Internet Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang pengetahuan asas mengenai ICT iaitu Multimedia. Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai pengertian dan definisi am bagi multimedia, contoh-contoh multimedia, aplikasi multimedia serta elemen-elemen multimedia. Multimedia berasal daripada perkataan multi yag bermaksud pelbagai dan media yang merujuk kepada perkakasan dan perisian yang digunakan untuk komputer berkomunikasi. Multimedia terhasil daripada gambungan antara bunyi, text, animasi, grafik dan juga video.

Peserta juga diterangkan contoh-contoh perkakasan multimedia seperti radio, televisyen, komputer dan telefon bimbit serta contoh-conth perisian multimedia seperti email dan video conference. Selain itu, peserta didedahkan dengan aplikasi-aplikasi multimedia seperti digunakan di dalam pembelajaran dan latihan, untuk penyelidikan saintifik, digunakan dalam bisnes, karya seni dan sebagai sumber rujukan. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali