Kelas Asas ICT (Kitaran Memproses Data Dan Pengenalan Kepada Sistem Perisian Komputer)

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 20 Julai 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas asas ICT iaitu kitaran memproses data dan pengenalan kepada sistem perisian komputer bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta kitaran dan cara data diproses dalam komputer serta sedikit pengenalan kepada sistem perisian yang terdapat dalam komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan operasi yang terlibat dalam memproses data dalam komputer seperti input, proses, storage dan output. Contohnya ialah semasa menaip, input adalah papan kekunci, data diproses oleh processor dan outputnya ialah paparan skrin seperti monitor komputer. Kemudian, peserta dijelaskan pula mengenai sistem perisian asas yang terdapat dalam komputer. Peserta diterangkan mengenai definisi am bagi sistem perisian dan kegunaannya serta fungsinya dalam memastikan komputer boleh berfungsi dengan baik dan mengikut kehendak pengguna.

Perisian terbahagi kepada dua iaitu sistem perisian aplikasi dan perisian sistem. Kedua-duanya beroperasi pada masa yang sama dan wajib terdapat dalam komputer. Contoh bagi perisian sistem ialah sistem operasi seperti Windows dan Ios manakala contoh bagi perisian aplikasi ialah Microsoft office dan Google chrome. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali