Kelas Ms Excel (Asas Pengiraan dalam Perniagaan)

8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 7 July 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Excel bermula pada jam 2.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Excel iaitu mempraktikkan button yang biasa digunakan untuk tujuan merekod hasil perniagaan. Pada kelas kali ini,peserta diajar cara mengira keuntungan hasil menjual kuih muih (contoh perniagaan).

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diajar cara memasukkan data contoh hasil jualan ke dalam excel sheet. Peserta diajar cara mengira keuntungan dengan cepat dan mudah menggunakan formula yang terdapat di dalam excel. Kelas ini diakhiri dengan sesi pemahaman tentang cara tambah, tolak, mencari average, nilai max dan nilai min dalam data. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali