Kelas Asas ICT (Masa Depan Komputer)

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 6 April 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Powerpoint iaitu ‘Cara-Cara Asas Membuat Slides’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta masa depan serta perkembangan teknologi komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan apa itu komputer, beberapa jenis komputer yang terdapat pada masa kini seperti komputer mudah alih (mobile computer), komputer peribadi (personal computer), konsol permainan (game consoles), servers, mainframes dan supercomputer. Peserta turut dijelaskan mengenai pengguna yang menjadi target untuk komputer seperti pengguna di rumah, di ofis dan untuk di bawah travelling. Selain itu, peserta diterangkan mengenai perkembangan teknologi microprocessor. Terdapat sesi soal jawab pada akhir kelas.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali