Kelas Mencipta Logo (Canva Online)

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 4 May 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas mencipta logo yang bermula pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 7 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara mencipta logo dengan cara mudah menggunakan aplikasi canva secara online (www.canva.com)

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tentang fungsi setiap button yang terdapat pada aplikasi canva. Petugas pusat internet memberi contoh langkah demi langkah tentang cara mencipta logo menggunakan aplikasi Canva. Peserta diminta menyiapkan logo bertemakan ketibaan bulan Ramadan tahun ini. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali