Kelas E-Commerce (Medium of Business)

27 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Jumaat, 26 Oktober 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Commerce yang bertajuk ‘Medium of Business’ (Shopee) yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah memberi pendedahan awal and pengetahuan asas tentang medium terkini untuk berniaga kepada peserta.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai medium niaga seperti Shopee di samping peserta mengetahui cara-cara untuk mendaftar menjadi peniaga dan juga cara mempromosikan dan menjual produk mereka di dalam Shopee. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan maklamat Pusat Internet iaitu meningkatkan kadar perniagaan digital dalam kalangan komuniti di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali