Kuiz Kemerdekaan 2018 (Google Search Engine)

07 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September bersamaan hari Khamis,Pusat Internet Spaoh telah mengadakan Kuiz Kemerdekaan bertempat di bilik latihan pusat internet pada pukul 2 sehingga 4 petang,bersama 6 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan utama kelas ini adalah untuk mengadakan aktiviti kemerdekaan di kalangan ahli pusat internet di samping menyediakan aktiviti berfaedah di kalangan pelajar sekolah.

Antara pengisian aktiviti tersebut ialah penerangan daripada staf tentang cara menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan. Staf juga mengajar cara yang betul mencari maklumat sahih menggunakan google search engine. Kelas ini diakhiri dengan sesi perbincangan jawapan soalan-soalan kuiz yang telah dijawab oleh pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali