Multimedia (Photo Editing)

28 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 27 Oktober 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Multimedia iaitu ‘Photo Editing’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara mengubah atau ‘edit’ gambar yang sedia ada agar menjadi lebih menarik dan mempunyai nilai serta maksud yang tertentu.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta di terangkan mengenai cara- cara asas yang diperlukan dalam proses mengubah gambar dan teknik-teknik yang boleh digunakan agar menghasilkan gambar yang menarik dan cantik. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat sedikit ilmu pengetahuan tentang cara mengubah gambar menggunakan teknologi komputer yang sudah pasti berguna di masa-masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali