Kelas Asas ICT (Sistem Operasi dan Pengurusan Fail)

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Ahad, 3 November 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Sistem Operasi dan Pengurusan Fail yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 10 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai definisi dan contoh system operasi serta cara dan contoh pengurusan fail dalam komputer. Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan definisi bagi system operasi yang digunakan dalam komputer dan juga telefon mudah alih. Contoh sistem operasi bagi komputer yang sering kita dengar ialah Windows, Mac Os, DOS dan LINUX serta bagi telefon mudah alih, contoh sistem operasinya ialah Android, iOS, Blackberry dan Symbian OS.

Di samping itu, peserta diterangkan secara am tentang cara pengurusan fail dalam komputer seperti ‘file path’ yang bermula daripada drives, folder, subfolder hingga ke fail. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan maklamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali