Hari Terbuka Pusat Internet Spaoh

15 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

14 Oktober 2018, bersamaan hari Ahad, Pusat Internet Spaoh telah mengadakan Hari Terbuka yang kini telah menjadi aktiviti tahunan untuk pusat internet. Program ini dihadiri oleh 75 orang warga Spaoh termasuklah 2 orang jemputan VIP iaitu Ketua Kampung/Ketua Kaum penduduk Spaoh. Tujuan utama program ini adalah untuk mempromosikan pusat internet di samping menggalakkan aktiviti berkaitan ICT di kalangan penduduk tempatan.

Program ini dikelola oleh staf pusat internet Spaoh sendiri dan dibantu oleh staf dari Pusat Internet Engkilili dan Lubok Antu. Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran,disusuli pertandingan serta diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan penutupan majlis.Antara aktiviti yang diadakan semasa hari terbuka PI Spaoh adalah Pertandingan CrossWord Advokasi,Pertandingan Mencipta Logo,Pertandingan Cubic dan Pertandingan Menganyam Ketupat.

Melalui program tahunan seperti ini,diharap pusat internet Spaoh dapat menarik lebih banyak pengguna yang bukan sahaja terdiri daripada pelajar tetapi juga suri rumah dan golongan bekerja sendiri untuk datang menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Pihak pusat Internet Spaoh juga berharap selepas program sedemikian akan lebih ramai pelajar dan belia datang menghadiri kelas untuk memperbaiki kemahiran ICT dan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali