Multimedia (Make Your Own Logo)

29 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Ahad, 28 Oktober 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Multimedia iaitu ‘Make Your On Logo’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara membuat logo sendiri menggunakan aplikasi ‘logo maker’ yang disediakan. Selain itu, peserta dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan logo yang menarik dan terbaik.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai cara-cara asas yang diperlukan dalam proses membuat logo agar logo yang dihasilkan menepati objektif yang diinginkan. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat sedikit ilmu pengetahuan tentang cara mengubah gambar menggunakan teknologi komputer yang sudah pasti berguna di masa-masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali