Kelas Microsoft Powerpoint(Animation & Transition)

16 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai bersamaan hari Ahad,Pusat Internet Spaoh telah mengadakan Kelas Microsoft Powerpoint bertempat di bilik latihan pusat internet pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari. Kelas ini dihadiri seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengetahuan asas tentang fungsi setiap button yang terdapat pada aplikasi Ms Powerpoint.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang kelas ialah belajar memasukkan animation untuk setiap slide untuk pelajar sekolah rendah dan teknik mencipta “flat transition” untuk pelajar sekolah menengah. Petugas juga menerangkan fungsi kegunaan Ms Powerpoint kepada para peserta yang hadir. Melalui kelas seperti ini ,sedikit sebanyak membantu peserta menambahbaik kemahiran menggunakan Ms Powerpoint dan dapat menarik minat mereka untuk datang belajar menggunakan komputer dengan cara berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali