Basic ICT (Basic Digital)

22 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2018, bersamaan hari Ahad, Pusat Internet Spaoh telah mengadakan kelas basic ICT (Introduction to Basic Digital). Kelas ini diadakan di bilik latihan pusat internet dan dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan utama kelas ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar akan asas dan sejarah penciptaan komputer.

Antara intipati kelas ini adalah menerangkan kepada pelajar tentang fungsi processor yang terdapat dalam komputer,perbezaan antara teknologi analog dan teknologi digital, serta sedikit sebanyak ilmu asas bahasa komputer. Melalui kelas seperti ini, peserta akan dapat mempelajari ilmu baru dan mendapat sedikit ilmu pengetahuan berkenaan sejarah asas digital dan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali