Kelas Asas ICT (Input dan Output)

11 November 2018 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 10 November 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Input dan Output yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai definisi dan contoh bagi input dan output bagi alatan electronik. Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan definisi dan contoh-contoh input dan output bagi alatan electronik yang sering dijumpai dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh input ialah papan kekunci, tetikus, alat pengimbas dan banyak lagi. Contoh bagi output pula ialah pembesar suara, papan skrin dan printer.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan maklamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali