Kelas Microsoft Office Word (Surat Rasmi)

27 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Jumaat, 26 Oktober 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Word iaitu membuat Surat Rasmi yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah mengajar peserta cara-cara untuk menyediakan surat rasmi serta format yang perlu dipatuhi ketika menyediakan surat tersebut menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Office Word. Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan dan diajar langkah-langkah dan format yang betul dalam menyediakan surat rasmi. Setiap peserta harus mengikut susunan format yang ditunjukkan agar surat yang disediakan tidak menyalahi format dan diterima.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am dalam menyediakan surat rasmi agar boleh kegunaan di masa hadapan sejajar dengan objektif Pusat Internet iaitu memberi pendedahan ICT awal kepada penduduk luar bandar agar setaraf dengan penduduk bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali