Kelas Asas ICT (Perisian Komputer)

29 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Ahad, 28 Oktober 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Perisian Komputer yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai pegertian, kategori dan contoh ‘software’ asas dalam komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta dapat di terangkan mengenai definisi bagi perisian, kategori-kategori perisian dan kegunaan perisian tersebut dalam komputer. Sebagai contoh perisian dokumen seperti ‘Microsoft Offices’ dan ‘Open Offices’ adalah di bawah kategori perisian aplikasi manakala system operasi seperti ‘Mac Os’ dan ‘Windows’ merupakan perisian system. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan maklamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali