E-Learning (Online Coloring)

22 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2018, bersamaan hari Ahad, Pusat Internet Spaoh telah mengadakan kelas mewarna secara online bersama 9 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini dimulakan dengan pengenalan kepada website online-coloring.com dengan menerangkan kepada peserta tentang cara mewarna secara online menggunakan gambar dan perkakas yang disediakan dalam website tersebut.

Aktiviti sokongan semasa kelas ini adalah memberi tugasan kepada peserta iaitu mewarna gambar menggunakan aplikasi Microsoft Paint. Melalui kelas seperti ini,peserta dapat mengetahui website yang boleh digunakan untuk mewarna secara online. Peserta juga dapat mempelajari pelbagai cara untuk mewarna selain daripada menggunakan Ms Paint. Staf PI juga menerangkan kekurangan dan kelebihan dalam penggunaan kedua-dua aplikasi tersebut kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali